Listen to Quran
1:12 AM

Rindu Untuk Bertemu Dan Memandang Allah Jalla wa `Ala

Tajuk - Rindu untuk bertemu dan memandang Allah Jalla wa `Ala
Oleh - Syaikh Shalih bin `Awwad al-Maghamasi, Imam & Khatib Masjid Quba, Madinah.






..........

  • ‎Allah telah menetapkan bagi ahli syurga hidup kekal abadi di dalamnya.
  • Allah Subhanahu wa Ta`ala akan menganugerahkan kepada ahli syurga anugerah yang paling tinggi iaitu memandang WajahNya Jalla wa `Ala.
  • Inilah nikmat terbesar hasil keimanan dan amal shalih seorang hamba dengan rahmat Allah SWT, iaitu dapat kekal abadi di dalam syurga dan seterusnya nikmat memandang Wajah Allah Jalla wa `Ala.
  • Sebagaimana kamu gembira melihat kedua ibu bapa kamu, maka bagaimana pula apabila melihat Tuhanmu dan Tuhan yang menciptakan kedua ibu bapamu...? 
  • Setiap kali syaitan menggoda kamu untuk melakukan maksiat, maka ingatlah bahawa maksiat akan menghalang kita dari memandang Allah SWT di akhirat kelak sebagaimana firman Allah: 
كَلَّا إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ
Maksudnya: "Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat) Tuhan mereka." [Surah al-Muthaffifin, 15]
  • Ini menunjukkan bahawa nikmat terbesar ialah memandang Wajah Allah yang Mulia Jalla wa 'Ala.
  • Kita yakin bahawa amalan kita semuanya tidak melayakkan kita, namun kita semua mengharapkan semua itu dengan rahmat Allah dan baik sangka kita kepada-Nya. 

..........


Firman Allah Subhanahu wa Ta`ala:
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
Maksudnya: "Wajah-wajah (orang-orang mu'min) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat."  [Surah alQiyamah, 22-23]

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ 
“Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.” 
Ya Allah, kurniakanlah kami dengan rahmatMu agar dapat memandang wajahMu yang Mulia di akhirat kelak... Amin ya ArhamarRaahimin...

11:08 PM

2 Minit... Mungkin Mengubah Hidupmu


Klip ini dua minit cuma, namun mempunyai makna yang cukup besar...



Wahai diri yang diciptakan oleh Tuhanmu dan disempurnakan penciptaan olehNya, Dialah yang memberi rezeki dan pakaian kepadamu, memberi makan dan minum kepadamu, kamu sakit dan Dia yang menyembuhkanmu, setiap kebaikan yang kamu pinta Dia tunaikan...

Namun... engkau melakukan maksiat dan tidak bersyukur, engkau melakukan dosa dan tidak bertaubat, satu demi satu maksiat kamu lakukan, satu demi satu dosa kamu lakukan, seolah-olah kamu akan hidup kekal di dunia ini dan tidak mati, bergelumang dengan maksiat dan dosa kepada Allah seakan alpa dan lupa bahawa Allah Maha Mengetahui perkara yang ghaib...

Bila lagi... bila lagi mahu bertaubat, adakah mahu bertaubat ketika diserang oleh pemutus segala kelazatan (kematian), adakah mahu bertaubat ketika mati, adakah kamu menyangka taubatmu akan diterima saat itu?

Dengarlah ini... kisah tentang mereka yang bergelumang dengan dosa dan maksiat, tanpa gerun dan takut pada hari akan dipegang kaki-kaki dan ubun-ubun mereka, lihatlah apa firman Allah Jalla wa `Ala kepada mereka:

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Maksudnya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).
[Surah al-Mu'minun, 99]

Kenapa mereka berharap agar dikembalikan? Allah Jalla wa `Ala merakamkan jawapan mereka dalam ayat 100 Surah al-Mu'minun:

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ

Maksudnya: Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.

Sekali-kali tidak! Tidak mungkin kamu akan kembali. Tidak! Kerana waktu untukmu telah berakhir... Firman Allah Jalla wa `Ala:

كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Maksudnya: Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). 

[Surah al-Mu'minun, 100]

Kamu mungkin akan berkata, "Apa yang perlu aku lakukan? Apa yang perlu aku kerjakan. Aku telah melakukan dosa dan maksiat terlalu banyak".

Jawapannya, "Wahai akhi! Segerakan, segerakanlah taubat ketika pintu taubat masih terbuka. Ya, pintu taubat masih lagi terbuka".

Hadits daripada Abu AbdurRahman `Abdullah bin `Umar bin al-Khattab radiyallahu `anhuma, daripada Nabi sallallahu `alaihi wa sallam, sabdanya:

إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر

Maksudnya: Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla menerima taubat seseorang hamba selagi mana ruhnya tidak sampai di kerongkongan (iaitu ketika hampir meninggal dunia). 

[HR Imam Tirmizi, katanya hadits ini hasan ~ hadits dalam Riyadhus Solihin, bab Taubat]