Listen to Quran
1:12 AM

Rindu Untuk Bertemu Dan Memandang Allah Jalla wa `Ala

Tajuk - Rindu untuk bertemu dan memandang Allah Jalla wa `Ala
Oleh - Syaikh Shalih bin `Awwad al-Maghamasi, Imam & Khatib Masjid Quba, Madinah.






..........

  • ‎Allah telah menetapkan bagi ahli syurga hidup kekal abadi di dalamnya.
  • Allah Subhanahu wa Ta`ala akan menganugerahkan kepada ahli syurga anugerah yang paling tinggi iaitu memandang WajahNya Jalla wa `Ala.
  • Inilah nikmat terbesar hasil keimanan dan amal shalih seorang hamba dengan rahmat Allah SWT, iaitu dapat kekal abadi di dalam syurga dan seterusnya nikmat memandang Wajah Allah Jalla wa `Ala.
  • Sebagaimana kamu gembira melihat kedua ibu bapa kamu, maka bagaimana pula apabila melihat Tuhanmu dan Tuhan yang menciptakan kedua ibu bapamu...? 
  • Setiap kali syaitan menggoda kamu untuk melakukan maksiat, maka ingatlah bahawa maksiat akan menghalang kita dari memandang Allah SWT di akhirat kelak sebagaimana firman Allah: 
كَلَّا إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ
Maksudnya: "Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat) Tuhan mereka." [Surah al-Muthaffifin, 15]
  • Ini menunjukkan bahawa nikmat terbesar ialah memandang Wajah Allah yang Mulia Jalla wa 'Ala.
  • Kita yakin bahawa amalan kita semuanya tidak melayakkan kita, namun kita semua mengharapkan semua itu dengan rahmat Allah dan baik sangka kita kepada-Nya. 

..........


Firman Allah Subhanahu wa Ta`ala:
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
Maksudnya: "Wajah-wajah (orang-orang mu'min) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat."  [Surah alQiyamah, 22-23]

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ 
“Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.” 
Ya Allah, kurniakanlah kami dengan rahmatMu agar dapat memandang wajahMu yang Mulia di akhirat kelak... Amin ya ArhamarRaahimin...

11:08 PM

2 Minit... Mungkin Mengubah Hidupmu


Klip ini dua minit cuma, namun mempunyai makna yang cukup besar...



Wahai diri yang diciptakan oleh Tuhanmu dan disempurnakan penciptaan olehNya, Dialah yang memberi rezeki dan pakaian kepadamu, memberi makan dan minum kepadamu, kamu sakit dan Dia yang menyembuhkanmu, setiap kebaikan yang kamu pinta Dia tunaikan...

Namun... engkau melakukan maksiat dan tidak bersyukur, engkau melakukan dosa dan tidak bertaubat, satu demi satu maksiat kamu lakukan, satu demi satu dosa kamu lakukan, seolah-olah kamu akan hidup kekal di dunia ini dan tidak mati, bergelumang dengan maksiat dan dosa kepada Allah seakan alpa dan lupa bahawa Allah Maha Mengetahui perkara yang ghaib...

Bila lagi... bila lagi mahu bertaubat, adakah mahu bertaubat ketika diserang oleh pemutus segala kelazatan (kematian), adakah mahu bertaubat ketika mati, adakah kamu menyangka taubatmu akan diterima saat itu?

Dengarlah ini... kisah tentang mereka yang bergelumang dengan dosa dan maksiat, tanpa gerun dan takut pada hari akan dipegang kaki-kaki dan ubun-ubun mereka, lihatlah apa firman Allah Jalla wa `Ala kepada mereka:

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Maksudnya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).
[Surah al-Mu'minun, 99]

Kenapa mereka berharap agar dikembalikan? Allah Jalla wa `Ala merakamkan jawapan mereka dalam ayat 100 Surah al-Mu'minun:

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ

Maksudnya: Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.

Sekali-kali tidak! Tidak mungkin kamu akan kembali. Tidak! Kerana waktu untukmu telah berakhir... Firman Allah Jalla wa `Ala:

كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Maksudnya: Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). 

[Surah al-Mu'minun, 100]

Kamu mungkin akan berkata, "Apa yang perlu aku lakukan? Apa yang perlu aku kerjakan. Aku telah melakukan dosa dan maksiat terlalu banyak".

Jawapannya, "Wahai akhi! Segerakan, segerakanlah taubat ketika pintu taubat masih terbuka. Ya, pintu taubat masih lagi terbuka".

Hadits daripada Abu AbdurRahman `Abdullah bin `Umar bin al-Khattab radiyallahu `anhuma, daripada Nabi sallallahu `alaihi wa sallam, sabdanya:

إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر

Maksudnya: Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla menerima taubat seseorang hamba selagi mana ruhnya tidak sampai di kerongkongan (iaitu ketika hampir meninggal dunia). 

[HR Imam Tirmizi, katanya hadits ini hasan ~ hadits dalam Riyadhus Solihin, bab Taubat]

11:47 PM

Jemaah Centric vs Ummah Centric

Jemaah Centric: Pemikiran lapuk yg perlu diubah

oleh: Ustaz Maszlee Malik


Ketika saya pernah ditanyakan oleh salah seorang siswa, "Ustaz ni jemaah JIM ke?".

Saya segera membalas, "Tidak, saya ahli jemaah Muslimin".

Dia bertanya, "Jemaah baru ke tu?". Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi".

Beliau tidak berpuas hati, "Itu saya tahu, tapi kan ustaz ahli JIM".

Saya membalas sambil tersenyum, "Ya, saya ahli JIM, ahli Darul Fitrah, ahli Persatuan Ulama Malaysia, ahli Muslim Profesional Forum, ahli Pertubuhan al-Nidaa, rakan kepada ABIM, Ricoi, Hunafa, Accin, US, PAS, keADILan, UMNO dan macam-macam lagi "jemaah".

Siswa tersebut menggaru kepalanya kebingungan, terus dia bertanya lagi, "Jadi ustaz tidak berpendirianlah…atas pagar lah ye?".

Soalannya kali ini benar-benar membuatkan saya tergelak besar. Saya sekali lagi mengatakan kepadanya, "Anda masih lagi hidup di zaman 70′an, 80′an dan 90′an…masih lagi di takuk pemikiran Jemaah Centric"

Jemaah Centric

Ya, sememangnya pemikiran jemaah centric yang mendominasi pemikiran pencinta dakwah dan juga pejuang gerakan Islam di Malaysia selama lebih tiga dekad lalu. Impaknya amat ketara, selain daripada kesan positif yang mendorong kepada banyak perubahan di Malaysia, pemikiran jemaah centric juga menimbulkan banyak kesan negatif. Perbalahan, perpecahan, pergeseran hati, malah di sesetengah tempat membawa kepada pergaduhan.

‘Jemaah ana lebih tua!’, ‘jemaah ana lebih tarbiah’, ‘jemaah ana lebih memperjuangkan sunnah’, ‘jemaah aku lebih agresif", ‘jemaah saya lebih memperjuangkan khilafah’, ‘jemaah saya ada Imam Mahdi!’.

Itulah di antara slogan-slogan yang sering berkumandang selama lebih tiga dekad di Malaysia di kalangan ahli pelbagai pertubuhan Islam. Akhirnya masing-masing tenggelam di dalam menegakkan jemaah masing-masing yang dianggap lebih utama, lebih awla, lebih "asalah" (tulen), lebih hebat dan lebih segala-galanya daripada jemaah-jemaah yang lain. Kesimpulannya, jemaah centric adalah satu pola pemikiran yang lebih banyak membawa kepada perpecahan daripada penyatuan!

Lebih menyayat hati lagi ialah apabila para pendukung jemaah-jemaah yang berjuang demi nama jemaah masing-masing ini menggunakan dalil-dalil yang dipengaruhi oleh tafsiran nafsu mereka untuk menegakkan kebenaran "yang mereka dakwa". Contohnya dalil-dalil yang menyeru supaya umat Islam bersatu ditafsirkan agar bersatu di bawah satu jemaah, iaitu jemaah yang mereka perjuangkan sahaja. Begitu juga hadis-hadis yang menyeru agar umat Islam melazimi jemaah (iaitu kaum Muslimin) sering ditafsirkan sebagai bersatu di bawah "jemaahnya" sahaja dan bukannya jemaah lain. Hadis yang menghalalkan darah golongan yang meninggalkan jemaah Muslimin (meninggalkan agama Islam) juga ditafsirkan oleh sesetengah golongan yang taasub jemaah sebagai dalil untuk menghalalkan darah mereka yang bukan dari jemaah mereka.

Tidak hairanlah di zaman 90′an, antara buku-buku "Haraki" yang timbul adalah berkaitan usaha menonjolkan "kebenaran" jemaah masing-masing. ‘Haram ta’adud jamaah’ (haram wujudnya lebih dari satu jemaah) dan ‘wajib hanya ada satu jemaah di bumi Malaysia’ menjadi slogan yang suci bagi sesetengah golongan seolah-olah menafikan kebaikan jemaah lain. Gejala takfir, menyesatkan, memulaukan dan juga memperkecil-kecilkan kumpulan lain juga menjadi satu "sunnah" sesetengah golongan pelampau pendukung pemikiran jemaah centric. Keadaan yang lebih parah dapat disaksikan di IPT yang menjadi gelanggang tarik menarik pelajar-pelajar baru oleh jemaah-jemaah ini. Di luar Timur Tengah keadaan semakin serius sehingga ada insiden tumbuk menumbuk dan juga pergaduhan demi mempertahankan jemaah masing-masing. Begitulah impak buruk pemikiran jemaah centric ini yang telah menjadi satu fitnah yang melanda umat Islam.

Kebangkitan Tahun 1998

Jika tidak kerana reformasi 1998, nescaya pemikiran jemaah centric akan terus kekal. Di sebalik kepahitan ada rahmat, itulah hikmah yang boleh diambil daripada peristiwa reformasi 1998. Kebanyakan pendukung jemaah centric telah mula bersatu dan boleh menerima kewujudan jemaah yang berbeza. Mereka mula sedar bahawa jemaah mereka sahaja tidak akan dapat membawa perubahan kepada masyarakat Malaysia. Antara impak yang paling ketara terhadap perubahan ini ialah terbentuknya "Barisan Alternatif" yang digagaskan oleh unsur-unsur jemaah centric. Sayangnya, selepas perubahan tersebut tidak kekal. Bukan hanya sekadar perpecahan berlaku dalaman "Barisan Alternatif", malah kejayaan menawan negeri Terengganu menggelap mata sesetengah golongan untuk memonopoli kejayaan walaupun hakikatnya usaha itu hasil kolektif pelbagai pihak. Terbukti pemikiran jemaah centric masih mempengaruhi sesetengah pihak sehingga membawa kepada perpecahan.

Maka, apakah penyelesaiannya? Apakah jemaah-jemaah yang wujud perlu dileburkan menjadi satu jemaah yang unggul sahaja? Dengan itu umat Islam semua akan bersatu di bawah satu panji "ummah" sahaja tanpa khilaf dan perpecahan!

Bunyinya begitu indah, hakikatnya slogan-slogan tersebutlah yang akhirnya membawa kepada perpecahan yang lebih teruk. Slogan "kembali kepada satu jemaahlah yang telah menyebabkan krisis di antara jemaah berterusan, dari dulu, kini dan selamanya. Mengapa? Ini kerana tabiat manusia itu berbeza, gaya pemikirannya berlainan, tahap pemikiran tidak sama, dan manusia itu sendiri secara fizikalnya berbeza-beza. Perkara inilah yang telah disentuh oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya "al-Sahwah al-lslamiyyah baina al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa tafarruq al-mazmum"

Pemikiran "Ummah Centric"

Tiada salahnya kewujudan jemaah-jemaah selagi mereka berpaksikan pemikiran "Ummah Centric" dan bukannya "Jemaah Centric". Tidak salah wujudnya jemaah-jemaah selagi ia wujud sebagai organisasi untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan perubahan secara kolektif, dan tidak lebih daripada organisasi yang menghimpunkan ahli-ahli yang mempunyai persamaan dan keserasian untuk mencapai objektif yang sama. Tiada salah juga berjemaah selagi ia membawa kepada penyatuan tenaga untuk melakukan kerja-kerja Islam di bawah satu organisasi yang tersusun kemas selaras dengan seruan Allah SWT:

"Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berperang di jalan-Nya di dalam satu barisan, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang kukuh"(al-Saff: ayat 4).

Jangan lebih daripada itu hendaknya. Jika adanya unsur ‘jemaah saya yang utama’, ‘Jemaah saya yang paling hebat’, ‘jemaah saya yang paling hebat tarbiah’, ‘jemaah saya yang paling sunnah", ‘jemaah saya yang paling ulama’ dan lain-lain kredibiliti yang mengatasi kesatuan ummah, maka perpecahan akan segera timbul.

Pemikiran ‘Ummah Centric’ perlu dihayati oleh seniua umat Islam seperti mana ia dihayati oleh umat terdahulu. Bukankah Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah aku." (al-Anbiya: ayat 92), dan juga firman Allah SWT, "Sesungguhnya mukmin tu bersaudara, maka damaikanlah dua saudaramu (yang bertelagah)." (al-Hujuraat: ayat 10).

Begitu juga dengan hadis-hadis yang menekankan kepentingan ukhuwah dan kesatuan umat. Pemikiran ummatik inilah yang semestinya mencorakkan cara berfikir, cara berukhuwah, cara bertindak dan juga cara menilai sesuatu. Janganlah ada pilih bulu dalam berukhuwah, jika seseorang itu satu jemaah, maka itulah "sahabat", "ikhwah", "puak" atau golongan kita. Orang dari jemaah lain pula diberikan layanan kelas kedua, hanya kerana mereka bukan "ahli jemaah" kita.

Dalam menuntut ilmu juga begitu juga hendaknya, dan bukannya sikap mengikuti atau mendengar atau menghadiri hanya kuliah-kuliah dan kelas-kelas pengajian "oghe-oghe kito" sahaja dan menutup telinga dan pintu hati pada orang-orang dari jemaah lain. Dalam membaca begitu juga, Janganlah hanya membaca literasi "harakah" yang versi "fikrah kita" sahaja dan memandang sepi literasi hasil tulisan orang-orang dari kumpulan lain, walhal kemungkinan apa yang ada pada orang lain itu lebih bermanfaat dan lebih baik.

Pemikiran ummatik ini perlu disemadikan di dalam hati para pencinta Islam dan pejuang-pejuang syariat Islam agar segala usaha dirasakan sebagai tanggungjawab bersama.

Jika beroleh kemenangan, ia tidak akan dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu sahaja, tetapi dirasakan sebagai milik semua. Jika ada kelemahan terhadap usaha orang lain, pihak yang nampak kelemahan tersebut, walaupun dari jemaah lain, akan segera membantu untuk memperbaikinya dan bukan menghentam atau menjadikannya sebagai hujah untuk menjatuhkannya. Pemikiran ummatik juga akan membuatkan semua jemaah melihat jemaah-jemaah lain sebagai rakan setugas, rakan sepasukan dan juga rakan seperjuangan, yang walaupun lain gaya bekerja, tetapi tetap di bawah satu majikan yang sama.

Pemikiran ummatik juga akan menguatkan lagi usaha-usaha untuk tajdid, islah dan dakwah. Sinergi di antara jemaah di atas usaha-usaha bersama akan lebih banyak dan lebih memberikan impak. Tanpa prejudis, tanpa kebencian, tanpa hasad,tanpa fitnah memfitnah, tanpa jatuh menjatuhkan, tanpa hentam menghentam, dan yang penting lagi tanpa merasakan orang di luar jemaah kita adalah "orang lain". Jika semua pendukung jemaah-jemaah yang wujud dapat merasakan bahawa semua jemaah-jemaah dan juga orang-orang lain yang mungkin tidak berjemaah sebagai saudara seummah mereka, di waktu itu, insya-Allah keberkatan dan bantuan Allah akan turun. Hal ini perlu dimulakan segera, bermula dengan pemikiran dan juga hati!

Fiqh Ikhtilaf

Selain daripada berfikiran ummah centric, para pencinta Islam juga wajib menghayati flqh dan juga adab berikhtilaf. Kata-kata Imam al-Syafi’i yang berbunyi : "Pandanganku adalah benar menurut pendapatku, tetapi berkemungkinan silap, dan pendapat lawanku adalah silap pada pandanganku, tetapi berkemungkinan mengandungi kebenaran". Kata-kata al-Marhum Rashid Redha yang kemudiannya dipopularkan oleh Hassan al-Banna juga merupakan satu kaedah emas yang boleh dijadikan penawar di dalam menangani masalah perpecahan disebabkan pemikiran jemaah centric.

Beliau berkata: "Kita bekerjasama di dalam perkara yang kita sepakati dan kita berlapang dada di dalam apa yang kita perselisihkan"

Di dalam berikhtilaf semua pihak perlulah ikhlas dan benar-benar meletakkan Islam sebagai matlamat mereka dan bukannya jemaah atau fikrah. Bunyinya seperti mudah, namun pelaksanaannya tidak semudah diucapkan. Sekali lagi ia perlu bermula dari hati, dari pemikiran dan juga dari roh" ummah centric".

*Centric membawa maksud : paksi, jemaah centric membawa maksud pemikiran berpaksikan jemaah, manakala ummah centric pula membawa maksud, pemikiran berpaksikan konsep satu ummah.

Dipetik dari Majalah-i, Disember 2005.

11:23 AM

Mereka Yang Menggenggam Bara Api

Mereka Yang Menggenggam Bara Api

Oleh: Syaikh Abu Usamah Salim bin Ied Al-Hilaly



Daripada Abu Umayyah Asy-Sya'baniy berkata: Aku bertanya kepada Abu Tsa'labah: "Ya Aba Tsa'labah apa yang engkau katakan tentang ayat Allah yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya)" (QS. Al-Maidah: 105)


Berkata Abu Tsa'labah: "Demi Allah, aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang ayat itu, maka beliau bersabda yang maksudnya:


"Beramar ma'ruf dan nahi mungkarlah kamu sehingga (sampai) kamu melihat kebakhilan sebagai perkara yang dita'ati, hawa nafsu sebagai perkara yang diikuti; dan dunia (kemewahan) sebagai perkara yang diagungkan (setiap orang mengatakan dirinya di atas agama Islam dengan dasar hawa nafsunya. Dan Islam bertentangan dengan apa yang mereka sandarkan pada kamu (tetaplah di atas diri-diri) dan tinggalkanlah orang-orang awam kerana sesungguhnya pada hari itu adalah hari yang penuh dengan kesabaran (hari di mana seseorang yang sabar menjalankan al-haq dia akan mendapatkan pahala yang besar dan berlipat kali ganda). Seseorang yang bersabar pada hari itu seperti seseorang yang memegang sesuatu di atas bara api, seseorang yang beramal pada hari itu sama pahalanya dengan 50 orang yang beramal sepertinya."


Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w yang ertinya: "Ya Rasulullah, pahala 50 orang dari mereka?" Rasulullah s.a.w berkata:


"Pahala 50 orang dari kamu (para Sahabat Rasulullah s.a.w.)" {HR. Abu Daud: 4341, At-Tirmizi: 3058, dan dihasankan olehnya; Ibnu Majah: 4014, An-Nasai dalam kitab Al-Kubro: 9/137-Tuhfatul Asyrof, Ibnu Hibban: 1850-Mawarid, Abu Nuaim dalam Hilyatul Aulia: 2/30, Al Hakim: 4/322-disahihkan dan disetujui oleh Az-Zahabi, Ath-Thahawi dalam Misykalul Atsar: 2/64-65, Al-Baghawi dalam Syarhu Sunnah: 14/347-348 dan dalam Ma'alimul Tanzil: 2/72-73, Ibnu Jarir Ath Thabari dalam Jamiul Bayan: 7/63, Ibnu Wadloh Al Qurtubi dalam Al bida'u wa nahyu 'anha: 71, 76-77; Ibnu Abi Dunya dalam Ash-Shobr: 42/1}

Hadits tsabit daripada Rasulullah dengan syawahidnya (jalan lainnya).


Dalam hadis Rasulullah s.a.w di atas menunjukkan:


  • Kewajiban untuk terus beramar ma'ruf nahi munkar sampai datang masa yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w.


Masa yang disifatkan oleh Rasullulllah s.a.w tersebut menunjukkan bahawa tidak bermanfaat lagi amar ma'ruf nahi munkar kerana disebabkan kerosakan manusia pada waktu itu.


Terkadang ada pertanyaan yang mengatakan: Bagaimana darjat pahala yang diberikan orang-orang yang bersabar dalam beramal di atas al-haq pada waktu itu berlipat kali ganda dibandingkan dengan amalan para sahabat r.a? Di mana, mereka adalah generasi pertama yang membangun Islam, menegakkan cahaya Islam, membuka negeri-negeri, meninggikan kekuasaan dan menegakkan agama Allah.


Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "


Sekiranya kamu menginfakkan emas sebesar Gunung Uhud setiap hari, tidak akan dapat menyamai mereka (para sahabat Rasullullah s.a.w) meskipun setengahnya." {Hadis sahih, lihat takhrijnya dalam (Juz'u Muhammab bin Ashim An Syuyukhihi: 12)}


Maka jawabannya adalah sesungguhnya para sahabat Rasulullah s.a.w adalah generasi yang telah masyhur amalannya, tiada satupun manusia setelah generasinya yang sebanding amalannya dengan mereka. Mereka telah menjalankan amar ma'ruf nahi munkar sebagai perkara yang besar untuk membuka dan mengukuhkan agama Allah iaitu Al-Islam.


Bilangan mereka di awal Islam sangat sedikit disebabkan kerana berkuasanya orang-orang kafir di atas al-haq. Demikian juga di akhir zaman akan kembali keadaannya seperti di awal kemunculan Islam. Di mana janji tersebut dipersaksikan di atas lisan yang selalu benar perkataannya iaitu Rasulullah s.a.w. yang telah menceritakan akan terjadinya kerosakan zaman, munculnya fitnah, berkuasanya kebatilan, berkuasanya dan tingginya manusia dalam mengganti dan merubah al-haq, terjatuhnya kaum muslimin kepada jalan yang ditempuh oleh golongan ahli kitab sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:


"Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana datangnya." (Hadits Mutawatir, lihat kitabku: Tuba lil Ghuroba, Al Ghurbatu wal Ghuroba, Penerbit Darul Hijroh, Damam)


Maka pasti terjadi -Wallahu a'lam- keadaan yang telah dijanjikan oleh Ash-Shoodiq (yang benar perkataannya) s.a.w iaitu Islam akan kembali seperti awalnya di mana lemahnya amar ma'ruf nahi munkar sehingga seseorang yang berdiri menjalankan al-haq dalam keadaan dilingkupi ketakutan dan dia telah menjual dirinya kepada Allah dalam doanya, sehingga Allah lipat gandakan pahalanya lebih besar daripada keadaan para sahabat r.a. yang mereka adalah orang orang yang mutamakin (tetap dan kuat) dalam beramar maruf nahi mungkar, dan pada waktu itu banyak sekali orang yang memberikan pertolongan kepada orang yang beramar ma'ruf nahi mungkar serta banyak sekali orang yang menyeru kepada Allah Ta'ala (yakni pada zaman shahabat).


Dan ini sesuai dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w iaitu ketika beliau mengkhabarkan bahawa pahala mereka akan dilipatgandakan sama dengan 50 orang amalan yang dilakukan oleh para sahabat r.a. yang kemudian Nabi s.a.w mengatakan (ertinya):


"Kerana sesungguhnya kamu (para sahabat) di atas kebaikan dan dalam keadaaan kamu mendapat banyak pertolongan sedang mereka dan orang-orang yang beramal di atas al-haq (di akhir zaman) tidak mendapat pertolongan."


Sehingga akhirnya sampailah pada zaman terputusnya amal kebaikan (tidak ada lagi orang-orang yang menjalankan amal kebaikan) kerana lemahnya keyakinan dan agama. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:


"Tidak akan tegak hari kiamat sampai tidak disebut (dikatakan) di bumi lafaz: 'Allah Allah". {HR.Muslim dari Anas bin Malik r.a.}


Hadis ini mempunyai makna tidak ada seorang muwahid (orang yang mentauhidkan Allah) pun yang tinggal di bumi, yang berzikir mengucapkan lafadz ‘laa ilaaha illallah’ dan tidak seorang pun yang beramar ma'ruf nahi mungkar mengucapkan: "Aku takut kepada Allah".


Apabila demikian keadaannya, seseorang yang berakal pada waktu itu menginginkan (berangan-angan) untuk mati sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w (ertinya):


"Tidak akan tegak hari kiamat sehinggga seseorang berjalan di kubur saudaranya (seseorang) kemudian berkata: 'Sekiranya aku menempati tempatnya.'" (Muttafaqun'alaih, dari hadis Abu Hurairah r.a.)



Siapakah القابضون على الجمر?


Mereka adalah orang-orang yang mendapatkan tarbiyah dan bukan hizbi (golongan yang berbangga dengan kelompoknya).


Mereka adalah orang-orang yang teguh di atas asas Al-Qur'an dan As-Sunnah, berdiri menghiasi dirinya dengan dakwah kepada keduanya dengan berlandaskan manhaj (jalan) kenabian, tidak tergoyahkan dengan nama, alamat, dan bentuk. Kerana sesungguhnya kedudukan ini adalah bahagian dari syi'ar-syi'ar ubudiyah (peribadatan) yang digariskan di atas petunjuk Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya.


Berkata Al-Allamah Ibnu Qayyim Al-Jauziah ketika menyebutkan tanda orang-orang yang selalu menjalankan peribadatan (di atas dalil) dalam kitabnya Madarijus Salikin juz III/174):


“Mereka tidak menyandarkan dirinya pada suatu nama yang dengan nama tersebut mereka masyhur di kalangan manusia; tidak membatasi dengan satu amal dari sekian banyak amal yang dengannya dikenal manusia (hanya setakat satu amalan) kerana hal ini menyebabkan mudharat dalam peribadatan; tidak dibatasi dengan nama tertentu yang menyebabkan perbezaan dan perpecahan; tidak terkait dengan formaliti, isyarat, kesempurnaan dan peraturan yang ditetapkan. Bahkan sebaliknya, apabila ditanya:


Siapa syaikhnya?


Dia akan menjawab: "Rasulullah s.a.w"


Apa jalan yang ditempuh?


Dia akan menjawab: "Al-ittiba' (mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w).


Apa pakaiannya?


Dia akan menjawab: "Pakaiannya adalah taqwa."


Apa mazhabnya?


Dia akan menjawab: "Berhukum di atas Assunnah."


Apa yang dituju dan dicari?


Dia akan menjawab: (يريدون وجهه) “Mereka menghendaki wajah Allah". (Q.S. Al-An'aam: 52).


Di mana tempat jaganya?


Dia akan menjawab: Firman Allah yang artinya:


“(Bertasbih) di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan petang. (iaitu) laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang." (Q.S. An-Nuur: 36-37)


Pada siapa nasabnya disandarkan?


Dia akan menjawab: "Bapanya adalah Islam, tidak ada bapa selainnya."


Apa makanan dan minumannya?


Dia akan menjawab: "Hidup di bawah pohon sampai bertemu Rabb-nya"


Dan sungguh dia telah ditanya oleh sebahagian imam mengenai "sunnah".


Maka beliau (Ibnu Qayyim) menjawab: "sesungguhnya ahlussunnah tidak menyandarkan kepada nama, kecuali nama sunnah."


Sebaliknya, golongan hizbi adalah golongan yang menetapkan dan terikat dengan peraturan rasmi dari amalan "kebajikan rasmi" dan istilah-istilah yang dihiasi sehingga terlihat “kebajikan rasmi” itu adalah satu-satunya amal yang sesuai dengan sunnah. Tetapi pada hakikatnya mereka adalah golongan yang jauh dari bimbingan sunnah Rasulullah s.a.w. Apabila disebutkan kepada mereka perkara yang berkaitan dengan al-wala' fillah (pemberian ketaatan kerana Allah), permusuhan yang disebabkan atas pemberian al-wala' fillah, amar ma'ruf nahi mungkar, mereka akan mengatakan dan menuduh bahawa yang demikian adalah perkara yang berlebihan dan akan mengakibatkan kerosakan dan mudarat.


Apabila mereka melihat di antara sesamanya (anggotanya) terdapat orang-orang yang menegakkan (mengamalkan) hal-hal tersebut, mereka akan mengeluarkannya dan mencari pengganti yang sesuai dengan peraturan mereka.


Saya tidak mengetahui bila mereka memahami bahawa sesungguhnya lingkaran Islam itu paling luas, persaudaraan di atas dasar keimanan itu yang paling penting, dan jalan yang ditempuh oleh generasi salaf itu yang paling alim, paling hakim, dan paling selamat. Sesungguhnya seluruh golongan hizbi dalam keadaan berbangga dengan kelompok dan golongannya masing-masing. Sungguh mereka telah menyandarkan qudwah-nya (suri tauladan) kepada selain Rasulullah s.a.w., menyeru ke jalan yang lain dari jalan beliau, memberikan al wala' wal bara' kerana sebab selain beliau s.a.w. Mereka telah menulis perkataan yang tidak bersumber dari al-qur'an dan assunnah dan menyandarkan diri kepadanya.


Apabila dibuka hijab yang menutupi mereka (golongan orang-orang hizbi) akan ditemukan bahawa mereka adalah golongan yang mentaati kebakhilan, mengikuti hawa nafsu, dan mengagungkan dunia atau kemewahan (mereka menyatakan dirinya di atas agama Islam dengan dasar hawa nafsunya. Dan Islam bertentangan dengan apa yang mereka sandarkan padanya), mereka merasa takjub dengan akal pemikirannya.


Oleh sebab itulah Islam yang hakiki sangat asing dan orang-orang yang mengamalkannya sangat asing sekali keadaannya di antara manusia.


Bagaimana tidak mungkin mereka sebagai orang-orang yang sangat asing dikalangan manusia?! Mereka adalah satu kelompok yang sangat sedikit pengikutnya diantara 72 golongan (sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w) yang masing-masing mempunyai pengikut, pemimpin, bendera, dan wilayah yang mereka tidak berdiri dan berjalan kecuali menyimpang dari jalan yang telah dibimbing oleh Rasulullah s.a.w. Apabila satu kelompok tersebut mengamalkan salah satu hukum Islam yang hakiki, yang telah dibimbing oleh Rasulullah s.a.w, maka hal tersebut menjadi sesuatu yang paling bertentangan dengan hawa nafsu, kenikmatan, syubhat, dan syahwat dari 72 golongan tersebut. Karena syubhat dan syahwat merupakan cita-cita akhir dari kehendak dan maksud mereka (72 golongan).


Satu kelompok tersebut adalah sebagai orang-orang yang paling asing di antara orang-orang yang menjadikan kebakhilan sebagai perkara yang dita'ati, hawa nafsu sebagai perkara yang diikuti; dan dunia (kemewahan) sebagai perkara yang diagungkan.


Pahala yang sangat besar ini sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. di atas diberikan kepada mereka kerana dia adalah sangat asing di antara manusia, dan berpegang teguhnya kepada sunnah Rasulullah s.a.w di antara kegelapan hawa nafsu dan pemikiran manusia.


Apabila seorang mukmin yang telah diberikan rezeki pemahaman dalam agamanya, kefakihan dalam sunnah Rasul-Nya, pemahaman dalam kitab-Nya, hendak berjalan dan mengamalkan bimbingan Allah dan Rasul-Nya, dalam keadaan dia melihat manusia dihiasi dengan jalan hawa nafsu, bid'ah, kesesatan, dan penyimpangan dari shirothol mustaqim yang telah ditempuh oleh Rasulullah s.aw, maka orang mukmin tersebut telah mempersiapkan dirinya menjadi tempat celaan, fitnah, caci makian, dan hinaan dari orang-orang yang jahil dan ahli bidaah. Demikan juga peringatan kepada manusia untuk menjauhinya. Sebagaimana keadaan salaf (pendahulu) mereka, iaitu Rasulullah s.a.w. sebagai imamnya orang-orang yang beriman dan pengikut-pengikutnya dari perlakuan orang-orang kafir pada waktu itu.


Apabila orang-orang yang jahil dan ahli bidaah diseru untuk kembali ke shirothol mustaqim, dengan segala penghinaan yang ada pada mereka, mereka tetap berbangga di atas kesesatannya.


Maka seseorang yang tetap di atas Islam yang hakiki (satu kelompok yang telah di khabarkan oleh Rasulullah s.a.w. ), dia berada dalam keadaan:


  • Asing dalam agamanya, kerana kerosakan agama kaum muslimin.
  • Asing di dalam berpegang teguh di atas sunnah, kerana berpegang teguhnya kaum muslimin dengan bid'ah-bid'ah.
  • Asing dalam akidahnya (keyakinannya), kerana rosaknya akidah kaum muslimin.
  • Asing dalam solatnya, kerana buruk dan rosaknya solat kaum muslimin.
  • Asing dalam manhajnya (jalannya), kerana kesesatan dan kerosakan jalan yang ditempuh oleh kaum muslimin.
  • Asing dalam penyandarannya, kerana bertentangan dengan penyandaran kaum muslimin.
  • Asing dalam muamalahnya (hubungannya) dengan kaum muslimin, kerana kaum muslimin bermuamalah di atas hawa nafsu mereka.

Kesimpulannya: Dia sebagai seorang yang asing dalam seluruh perkara dunia dan akhiratnya, dia tidak menemukan kaum muslimin yang membantu dan memberikan pertolongan kepadanya. Dia menjadi orang yang:


  • ‘Alim diantara orang-orang yang jahil,
  • Pembawa sunnah diantara orang-orang ahlul bida',
  • Da'i yang menyeru kepada Allah dan Rasul-Nya diantara da'i-da'i yang menyeru kepada hawa nafsu dan bid'ah-bid'ah,
  • Memerintahkan kepada perkara yang ma'ruf (baik) dan melarang dari perbuatan mungkar di kalangan kaum muslimin yang menganggap perkara yang ma'ruf adalah mungkar dan perkara yang mungkar adalah ma'ruf.

(Madarijus Salikin: Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah; Juz III/198-200)


Mereka adalah kelompok pembeda antara al-haq dan al-bathil yang berada di atas dasar al-qur'an dan assunnah baik dari sisi akidah, manhaj, mahupun amal.


Kejelasan seorang mu’min, baik da’i maupun mad’u (kaum muslimin yang diseru) berada di atas dasar al-haq merupakan perkara yang dharuri (asas), kerana kebathilan banyak dihiasi dan ditampilkan dalam bentuk atau pakaian iman. Khususnya golongan orang-orang hizbi dan peribadi-peribadi yang dahulunya mengetahui dan memahami tentang iman kemudian menyimpang dan menyelisihinya. Kerana mereka berkeyakinan bahawa setelah penyimpangannya tersebut, pemikirannya tetap di atas petunjuk (kebenaran). Apabila seorang da'i demikian keadaannya, maka dia akan menimbulkan kerosakan terhadap Islam yang hakiki.


Seorang muslim yang tetap dan kokoh dalam menjalani agamanya akan sentiasa adil dalam muamalahnya. Tidak bersifat lemah lembut kepada pendusta-pendusta dari golongan Yahudi, Nashara, dan yang lainnya, menempatkan lemah lembut dan lawannya sesuai dengan bimbingan Allah dan Rasul-Nya; paling baik muamalahnya kepada keluarga, isteri dan anak-anaknya; paling tinggi pemeliharaannya kepada sesuatu yang mudah, sulit, dan perkara yang berkaitan dengan khabar gembira. Allah 'Azza wa Jalla berfirman (yang artinya):


"Maka janganlah kalian mentaati orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah). Maka mereka menginginkan supaya kalian bersikap lunak (lemah lembut) lalu mereka bersikap lunak (pula kepada kalian)". (Q.S. Al-Qalam: 8-9)

"Dan orang-orang yang mengikuti syahawatnya bermaksud supaya kalian berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran)". (Q.S. An-Nisaa': 27)

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka". (Q.S. Al-Baqaroh: 120)

Perhatikanlah sikap yang haq dalam melepaskan diri dari kesyirikan, dan orang-orang yang menjalankannya di dalam al-Qur'an (yang ertinya):


"Katakanlah: 'Hai orang-orang kafir, aku tidak akan beribadah kepada apa yang kalian ibadahi, dan kamu bukan penyembah Rabb yang aku ibadati, dan aku tidak pernah beribadat kepada apa yang kalian ibadati, dan kalian tidak pernah pula menjadi penyembah Rabb yang aku ibadati. Untuk kalianlah agama kalian dan untukkulah agamaku". (Q.S. Al-Kaafirun: 1-6)


Dan perhatikanlah permisalan yang dicontohkan dengan sangat jelas oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabatnya r.a.:


{"Kami duduk disisi Rasulullah s.a.w., maka beliau membuat satu garis lurus di depannya demikian, dan berkata: 'Ini adalan jalan Allah Azza wa Jalla'. Kemudian beliau membuat garis-garis di sebelah kanan dan kiri garis lurus tersebut, dan berkata: 'Ini adalah jalan-jalan syaithan'. Kemudian beliau meletakkan tangannya pada garis lurus yang ada di tengah-tengah dan beliau membaca ayat yang mulia ini (yang ertinya):


"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kalian ikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kalian agar kalian bertaqwa". (QS. Al An'am: 153)}.


{Hadis Shahih dari jalan sahabat Jabir bin Abdillah, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin 'Abbas r.a. Lihat takhrijnya dalam Kitab Kami: Al-Junnah fi Takhrijis Sunnah, Hal 5-8).


Ketahuilah saudara-saudara seiman, sesungguhnya sifat tetap istiqomah dalam memelihara Islam dan terus menerus di atas manhaj al-Haq adalah kenikmatan yang sangat besar. Dia adalah wali Allah dan hamba pilihan-Nya yang sentiasa mendapat kecintaan daripada-Nya. Dengan sifat itulah hamba-hamba Allah akan teruji. Allah Ta’ala berfirman, berbicara kepada hambanya Muhammad s.a.w (yang mafhumnya):


"Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati) mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (seksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula seksaan) berlipat ganda sesudah mati, kemudian kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun terhadap Kami." (Q.S. Al-Isra': 74-75)


Allah telah memerintahkan kepada malaikat untuk menetapkan ahlul iman (orang-orang yang beriman) dengan firman-Nya (yang mafhumnya):


"(Ingatlah), ketika Rabbmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kalian, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang beriman". (Q.S Al-Anfaal: 12)

Allah telah mensyariatkan prinsip-prinsip, yang barangsiapa yang berjalan di atasnya Dia akan memberikan terus menerus sifat keteguhan dan nikmat terus menerus untuk mencintai sifat keteguhan tersebut.

Prinsip-prinsip tersebut adalah:


1. Menolong agama Allah.


Allah Ta’ala berfirman (yang mafhumnya):


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan-kedudukan kamu." (Q.S. Muhammad: 7)


2. Dengan perkataan yang teguh dan benar. Allah ta’ala berfirman (yang mafhumnya):


"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat." (Q.S. Ibrahim: 27)


3. Infaq di jalan Allah.


Allah yang Maha Tinggi dan Terpuji berfirman (yang ertinya):


"Dan perumpamaan orang-orang yang menginfaqkan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat, Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kalian perbuat." (Q.S. Al-Baqarah: 265)

4. Berdoa.


Allah Ta’ala berfirman (yang mafhumnya):


"Tatkala mereka nampak oleh Jalut dan tenteranya, merekapun (Thalut dan tenteranya) berdoa: "Ya Rabb kami, tuangkanlah kesabaran atas kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". (Q.S. Al-Baqarah: 250)


Dan firman Allah Ta’ala yang mafhumnya:


“Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada) musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada do'a mereka selain ucapan: "Ya Rabb kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Q.S. Ali Imran: 146-148)


5. Menjalankan perkara-perkara yang diperintahkan-Nya dan menjauhi perkara yang dilarang.


Setiap hamba yang benar perkataannya dan baik (hasan) amalnya maka dia adalah hamba yang paling tetap keteguhan dan keistiqomahannya. Allah Ta’ala berfirman (yang mafhumnya):


"Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka: "Bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampungmu:, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan iman mereka, dan kalau demikian, pasti Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami, dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul-(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang saleh. Dan mereka itulah teman sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurniaan daripada Allah, dan Allah cukup mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, bersiap-siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!" (Q.S. An-Nisaa': 66-71)


6. Tadabbur Al-Quranul Kariim.


Ketahuilah wahai hamba muslim, sesungguhnya hukum ketetapan dan asal tentang sifat keteguhan dan keistiqomahan bersumber dari kitabullah dan sunnah Rasul-Nya s.a.w. Allah ta’ala berfirman (yang ertinya):


"Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Qur'an itu dari Rabbmu dengan haq, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". (Q.S. An-Nahl: 102)


7. Menjadikan orang-orang yang soleh sebagai qudwah.


Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya):


"Orang-orang itu tidak mampu menghalang-halangi Allah untuk (mengadzab mereka) di bumi ini, dan sekali-kali tidak ada bagi mereka penolong selain Allah. Seksaan itu dilipat gandakan kepada mereka. Mereka selalu tidak dapat mendengar (kebenaran) dan mereka selalu tidak dapat melihat(nya)." (Q.S. Huud: 20)


Ini semua adalah sifat yang telah diwahyukan dan ditanamkan oleh Rabbul'alamin di atas kesempurnaan janji ma'iyyah dan pengawasan dari-Nya yang menunjukan bahawa Thoifah Al-Manshuroh, mereka tidak mampu diatur kedudukannya dan dicabut atau dirubah akar pangkalnya oleh musuh-musuh Allah meskipun dalam keadaan musuh-musuh Allah itu bersatu. Ath-Thoifah Al-Manshuroh mereka adalah orang-orang yang dipermisalkan oleh Allah dalam ayat Al Quran (ertinya ):


"Tidaklah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat permisalan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya. Allah membuat permisalan-permisalan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat." (Q.S. Ibrahim: 24-25)


Thoifah Manshuroh mereka adalah orang-orang yang mencintai Allah dan dicintai oleh-Nya. Oleh sebab itulah mereka dalam keadaan tetap jiwanya dalam memberantas Ahlul Bida' dan Ahlul Ahwa', menyumbat dengan azab yang pedih kepada thaghut-thaghut yang mengganti nikmat Allah dengan kekufuran dan menghalalkan masyarakatnya dengan neraka jahannam. Kerana sesungguhnya Thoifah Al-Manshuroh mereka menyandarkan dirinya diatas Manhaj (jalan/prinsip) Allah yang kekal.


Mereka dalam keadaan tetap zahir di muka bumi meskipun orang-orang musyrik membenci dan tidak menghendakinya. Allah berfirman (yang ertinya):


"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci." (Q.S. Ash-Shaff: 8)


--------------------------


(Disaring dari terjemahan Oleh Al Ustadz Abu ‘Isa Nurwahid Dari Kitab Al Qabidhuna ‘ala Al Jamri- tajuk asal: Orang-orang yang menggengam Bara Api)


Rujukan : Buletin Al Atsary Edisi 12

Sumber: www.darussalaf.or.id

http://www.darulkautsar.net/article.php?page=1&ArticleID=421